BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 17, 2010

"imtihan akhir...1perjuangan bersama sahabat2"


salam...salam eidul adha,semoga pengorbanan nabi ibrahim & ismail a.s dapat kita hayati sepanjang hidup.sahabat2 tak lama da nak imtihan akhir, sekejap je stdy week.sempena imtihan ni, mari kita sama2 berdoa moga ALLAH permudahkan & lancarkan segala imtihan kita nanti.ha..jangan lupa banyakkan mengigati ALLAH, buat solat sunat, bangun malam...insyaALLAH,sama2 kita usahakan.jangan lupa berzikir, kan da belajar tajuk zikir bagi sahabat2 class. seperti mana hadith: ..
Sabda Rasulullah s.a.w:”Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.”
Huraian
1. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah termasuk dalam konteks zikirullah.
2. Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada mengingati Allah, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan mudah tertekan.
3. Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah sentiasa bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan.(http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search=zikir)
ok sempena nak exam ni..kita berjuang di jalan ALLAH bukan setakat membaca & menghafal tapi kita tambahkan lagi amal ibadat kita,kan untung banyak tu.
salam imtihan akhir. =)

0 comments:

ana wafa'