BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 30, 2010

~~QaLbi~~




salam semua...kali ini ingin saya berkongsi cerita mengeni qalbi,iaitu hatiku.tetapi bukanlah hati saya je.kat sini saya nak maksudkan hatiku bagi setiap insan yang bergelar sahabat.hari ni saya terfikir,susahnya menjaga hati seorang sahabat.saya tak tau la kalau bagi sahabat2 mudah.maklum la kita sebagai manusia biasa, kadang2 melakukan kesilapan.tapi apabila kita bersahabat, perlulah kita berhati-hati menjaga hati sahabat kita.bila kita lihat sekarang banyak berlaku kawan makan kawan.kenapa itu mesti berlaku,mungkin kurang memahami sahabat @ mungkin tidak ikhlas dalam bersahabat.kadang2 pada qalbi masing2 terlalu mementingkan diri sendiri & kadang2 terasa dirinya lebih baik serta sempurna tanpa memikirkan qalbu sahabat.bila dah macam ni,mula la perasan yang tidak enak @ sedap @ lebih senang dikatakan hati sahabat lain terasa. bila hati masing2 terasa maka mula lah kata mengata sesama sendiri....nauzubillah.
sahabat2,pernah tak bersahabat dengan sahabat yang muda @ tua dari kita?.. mesti pernahkan,sekarang kalau di IPTA & IPTS pelajarnya tidak mengira usia.mesti kita akan dapat sahabat yang tak sama usia.dari situ, kita kena lebih memahami dan yang paling penting saling hormat menghormati.tapi disebabkan usia gak banyak qalbu yang terluka.mungkin sebabnya si akak tak hormat si adik,pastu si adik lak tak mahu hormat si akak.kat sini perlu ditekan kan yang kita kena saling bertolak ansur & fahami hati masing2 dalam bersahabat.
mari sahabat2 kita berfikir sejenak tentang qalbi...semoga pe yang saya ceritakan menjadi nasihat pada diri saya & sahabat2.salam ukwah fi sabilillah =).

0 comments:

ana wafa'