BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 22, 2010

BIDADARI SYURGA


Bidadari adalah penghuni syurga yang disediakan oleh Allah S.W.T sebagai ganjaran bagi ketaatan hamba-Nya. Sebenarnya tiada kata-kata atau lukisan yang dapat menggambarkan rupa sebenar bidadari kerana keindahan dan kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan sesuatu pun di dunia ini. Tiada sebarang perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan syurga, bidadari dan segala kenikmatan yang ada di dalamnya kerana syurga adalah ciptaan ghaib yang tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata manusia. Dengan itu, bidadari juga termasuk makhluk ghaib ciptaan Allah S.W.T yang tidak dapat dibayangkan keindahannya.


Sebagaimana Hadith Rasululah S.A.W :

أعددت لعبادى الذين آمنوا وعملوا الصلحات ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر.
Maksudnya : “ Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. telah bersabda, bahawasanya Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Ku sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia ”.
( H.R. Muslim)

Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran :

فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
( Surah As-Sajadah : Ayat 17 )

Maksudnya : “ Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan ( iaitu segala macam kenikmatan di dalam syurga ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan ”


Dalam hadith lain disebutkan maksudnya :

ََولَوْ ﺃَنْ امرﺃة من نساء ﺃهل الجنة اطلعت الى الارض، ﻷﻀﺃت ما بينهما، وﻠﻤﻸت ما بينهما ريحا، ولنصيفها على رﺃسها . يعنى الخمار . خير من الدنيا وما فيها.
Maksudnya : “ Kalau sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, nescaya ia menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan wangi yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala seorang wanita syurga lebih baik daripada dunia dan isinya.”
(H.R. Bukhari)

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa bidadari diciptakan oleh Allah S.W.T dari za’faran syurga. Ibnu Qayyim berkata : “ Jika kejadian manusia yang tergolong makhluk paling sempurna diciptakan dari bahan baku berupa tanah kemudian berubah menjadi makhluk paling indah, sudah tentu kejadian bidadari yang terbuat dari za’faran akan lebih indah lagi.”

At-Tabarani juga meriwayatkan Hadith menerusi Abi Umamah bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
خلق الحور العين من الزعفران
Maksudnya : “ Bidadari itu diciptakan daripada za’faran .”

Tentunya nas-nas mengenai bidadari di dalam Al-Quran dan hadith nabi S.A.W lebih banyak dikaitkan dengan kehidupan di akhirat kerana akhirat merupakan kehidupan yang kekal dan abadi manakala dunia adalah kehidupan yang sangat singkat. Beriman dengan kehidupan akhirat bermakna beriman dengan seluruh kemudahan yang ada di dalamnya. Ia disediakan sebagai ganjaran ke atas hamba-hamba Allah S.W.T yang beriman dan beramal soleh. Salah satu perbendaharaan yang ada di dalam syurga adalah bidadari. Walaupun ianya merupakan benda ghaib dan misteri tetapi bidadari sememangnya wujud di syurga. Bagaimanapun nas-nas mengenai bidadari mengandungi pengajaran yang amat berharga dalam kehidupan manusia. Ertinya kisah-kisah bidadari yang diceritakan di dalam Al-Quran dan hadith mempunyai hubung kait dengan kehidupan manusia di dunia.

0 comments:

ana wafa'